Dr Cermin

Dr Cermin Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pembaikan cermin kereta yang paling berwibawa dalam industri cermin kereta di Malaysia. Kita ditubuhkan pada 13 Jun 2000, Ibu pejabatnya terletak di Skudai, Johor Bahru. Kini mempunyai 73 cawangan kedai cermin kereta di Malaysia dan akan terus berkembang untuk masa depan. Kami pakar dalam membaiki dan mengganti cermin kereta anda sekiranya cermin kereta retak, cermin kereta pecah, tingkap kereta pecah dan sebagainya. Reputasi kita diakui di Malaysia dan juga merupakan syarikat pembaikan cermin kereta profesional yang diiktiraf oleh kebanyakan syarikat insurans utama dan diberi kuasa untuk mengganti dan memperbaiki cermin kereta untuk pelanggan syarikat insurans yang hendak buat tuntutan insuran cermin kereta.

Kakitangan syarikat kami juga telah menerima latihan profesional dan latihan pendidikan pengetahuan yang relevan untuk memberikan perkhidmatan profesional dan baik kepada pelanggan kami.

Kami menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi, standard ketukangan tertinggi dan harga yang berpatutan sehingga pemilik kenderaan boleh yakin untuk melangan perkhidmatan kami, sama ada cermin depan kereta retak, cermin pintu kereta pecah, baiki cermin kereta atau tinted kereta, kami menyediakan perkhidmatan sehenti yang profesional.

Misi syarikat

“Menjadi standard di mana pesaing kita menilai diri mereka sendiri.”

Dasar Kualiti

“Matlamat kualiti yang kita hendak mencapai adalah untuk memenuhi keperluan dan harapan pelanggan dengan cara yang jujur, rendah hati dan kesopanan, memberi pelanggan satu cara penyelesaian yang terbaik, dan memenuhi kepuasan pelanggan kami.”

Objektif Kualiti

Dr Cermin Sdn Bhd berkomitmen untuk berusaha dalam penambahbaikan perkhidmatan, meningkatkan kemahiran, kemudahan fasiliti dan Sistem Pengurusan Kualiti kami supaya bersesuaian dengan perubahan pasaran dan keperluan serta kepuasan pelanggan dalam produk dan perkhidmatan.

Nilai Syarikat

  • Kepuasan Pelanggan adalah diutamakan dalam syarikat kami. nilai dicapai dengan mendengar suara hati pelanggan dan tindakan segera untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.
  • Peningkatan berterusan pada teknik pekerja kami melalui latihan dan ilmu pengetahuan juruteknik kami. Kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui inovasi dan kepimpinan berkualiti.
  • Komitmen terhadap persekitaran kerja yang adil, mesra, bermanfaat, jujur dan beretika.
  • Sentiasa memantau dan meningkatkan pembangunan syarikat untuk mencapai keperluan pasaran dan memenuhi keperluan pekerja, pelabur dan perniagaan kami.
bigoneAbout Us